Home Lifestyle Majlis Perasmian Harmoni Pesta BBQ Muzikal Antarabangsa Dan Majlis Aspirasi Merdeka Sempena...

Majlis Perasmian Harmoni Pesta BBQ Muzikal Antarabangsa Dan Majlis Aspirasi Merdeka Sempena Bulan Kebangsaan 2023 Anjuran Gembox@Nilai Dan NegeriFM

30 Ogos 2023 – Gembox@Nilai telah menganjurkan Majilis Perasmian bersempena Harmoni Pesta BBQ Muzikal Antarabangasa 2023 yang berlangsung selama 3 minggu bermula 26 Ogos sehingga 17 September 2023. Turut berlangsung pada malam tersebut Majilis Aspirasi Merdeka yang mendapat kerjasama penuh NegeriFM daripada RTM Negeri Sembilan.

Majilis dirasmikan oleh YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri Tunku Besar Tampin merangkap Pengerusi Gembox. Turut hadir, YB Tuan Arul, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Bandar Majilis Bandaraya Seremban, Puan Suhana Pengarah RTM Negeri Sembilan, Dato’ Sri Yeat Sew Chuong dan pengurusan kanan GD Holdings and Gembox Holdings.

Penganjuran Harmoni Pesta BBQ ini merupakan sebuah inisiatif yang diwujudkan oleh Gembox@Nilai untuk membawakan keistimewaan serta keunikan BBQ kepada pengunjung dan pelanggan. Matlamat utama acara ini adalah untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa berkunjung ke Negeri Sembilan dan juga Gembox@Nilai. Dengan mempromosikan pesta BBQ ini sebagai tarikan utama, ianya juga bakal meletakkan Gembox@Nilai sebagai destinasi yang meriah untuk pelancong makanan gastronomi, menggalakkan pengunjung untuk menerokai pelbagai tarikan dan pengalaman berbeza yang ditawarkan oleh Gembox@Nilai.

Gembox@Nilai sendiri mengandungi pelbagai produk kebudayaan, tradisional, trendy dari 13 buah negeri di Malaysia. Pelancong juga dapat merasai persekitaran yang penuh dengan citarasa Malaysia. Tambahan pesta BBQ ini juga bakal memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi tempahan dengan menarik pengunjung sekaligus menjana pendapatan usahawan tempatan serta dapat mempromosikan artis dan juga produk keluaran Malaysia.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here