Home Retailing E-Commerce MENTERI KEWANGAN II DAN BSN SANTUNI PENIAGA BAZAR RAMADAN TTDI

MENTERI KEWANGAN II DAN BSN SANTUNI PENIAGA BAZAR RAMADAN TTDI

Kuala Lumpur, 30 Mac 2024 – Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama Yang Berhormat  Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah berkesempatan untuk  mengunjungi Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) bagi menyantuni para peniaga hari  ini. Kunjungan ini juga dibuat bagi melihat penggunaan peranti BSN DuitNow QR Soundbox yang  telah dibekalkan oleh BSN di kesemua 24 lokasi bazar Ramadan di Kuala Lumpur tahun ini.

Dalam majlis yang sama, BSN menerusi jenama Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR),  BSN Care turut mengagihkan 500 unit juadah berbuka puasa kepada komuniti di TTDI melalui  program ‘BSN Care Ikhlas Ramadan՚. Antara penerima juadah berbuka puasa ini adalah  Balai Polis TTDI, Balai Bomba dan Penyelamat TTDI, Masjid At-Taqwa TTDI serta pengunjung

di Bazar Ramadan TTDI. Inisiatif tahunan ini merupakan antara usaha BSN untuk mendekati  komuniti setempat di samping berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan.

Aktiviti CSR ini dilaksanakan di bawah salah satu segmen BSN Care iaitu ‘Komuniti’ yang mana  BSN menyediakan peluang untuk menjana kehidupan yang mapan dan impak sosial.

Untuk maklumat lanjut mengenai terminal pembayaran dan aktiviti CSR BSN, layari laman  sesawang BSN, www.bsn.com.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here